05 April 2010

selamat bertunang sayang


ungkapan selamat bertunang ini kuucapkan pada seseorang yang tidak memberitahu aku tentang majlis pertunangannya. mungkin kerana aku bukan sesiapa maka aku pun tidak di maklumkan. padahal aku sudah menyiapkan sebuah hadiah yang istemewa dan kad yang cantik untuknya. hari-hari ku tunggu dengan harapan undangan itu muncul. tetapi, pada suatu malam yang sepi seseorang telah memaklumkan berita kejam padaku. dia sesungguhnya sudah bertunang hampir sebulan.


aku tergamam mendengar berita itu. dalam diam aku bertanya mengapa aku tidak diundang? besar benarkah dosa dan kesilapan yang kulakukan hingga aku diabaikan. sesungguhnya dia yang bertunang ini, pernah melakukan kebaikan pada diriku. dulu ketika aku bertunang, dialah insan yang paling sibuk menyiapkan hantaran di sebelah pihak lelaki. lalu salahkah aku jika aku ingin melakukan benda sama di majlisnya??


hadiah istemewa yang telah kusiapkan untuknya itu kupandang kosong. sedih kerana hajat untuk menyembahkan hadiah itu padanya dan melihat dia ketawa gembira membuka pemberian itu tidak kesampaian.


apa pun kudoakan semoga kau akan sentiasa gembira dan bahagia hingga ke puncak mahligai. selamat bertunang sayang...


No comments:

Post a Comment