23 April 2010

'S' SI PENAKLUK NABAWAN

Kaansayaan Ra Londom Pahaka-Pahaka, Selamat malam saudara-saudara. Kenapa mesti malam, ya tentu sekali kerana saat saya menulis blog ini malam sudah pun mewarnai mega dengan butiran bintang gemerlapan. Sesungguhnya ketika saya sampai di daerah Nabawan, rakan-rakan mengatakan daerah ini ditakluk oleh huruf S. Saya kurang mengerti maksud yang tersirat. Namun setelah hampir dua tahun mendaki bukit, berburu di belantara, memasang rawai, mencari tuhau dan meneroka setiap inci daerah ini saya mula mengerti. Tahukah saudara-saudara, sesungguhnya kebanyakan perkampungan dalam daerah Nabawan bermula dengan huruf S. Saya cuba mencari jawapan mengapa S berkuasa namun hingga kini jawapannya belum saya temukan. Berikut saya senaraikan beberapa buah kampung yang bermula dengan huruf S. (Setakat yang saya tahu)

1. SARIKAN
2.SALIKU
3.SINSINGON
4. SALAROM
5. SANDUKAN
6. SIMOTUOH
7. SALONG
8. SILUNGAI
9. SALILIRAN
10. SIKAIT
11. SUMOLOMBOM
12. SUMATALUN
13. SIBANGALI
14. SIGATAL
15. SASANDUKAN
16. SIBUA
17. SALIMAN
18. SUMAKIAKIU
19. SABIBINGKOL
20. SEPULOT
21. SALINATAN
22. SULON
23. SOSOGO
24. SABULOH
25. SAMURAN
26. SOLOG
27. SUMIL
28. STAMPING
29. SIKALABAAN
30. SIKALABOT
31. SALANGON

-catatan nama-nama perkampungan ini ditulis pada satu petang di serambi rumah kayu milik En Ampiris Kg Sepulut Nabawan sekitar jam 3pm. Turut sama adik Veronica Jainie dan adik Hemiat Kinawa dari Kampung Silungai. Terima kasih atas bantuan kalian.

18 April 2010

Tahniah Gaman

Setelah lama tidak menulis, saya jadi keliru tidak tahu mahu tulis apa. Hinggalah petang tadi dalam perjalanan menuju Keningau saya menemui seorang Gaman yang membuat saya kagum. Lantas saya ingin berkongsi cerita tentang si Gaman yang saya maksudkan...
Kepada mereka yang biasa melalui jalan Kimanis Keningau di puncak bukit iaitu batu 16 anda akan menemui sebuah bangunan atau cafe yang diberi nama Dimie Cafe. Dari tempat ini anda akan menikmati pemandangan yang sangat mengujakan. Kabus tebal yang dingin dan udara yang teramat segar. Selalunya saya hanya lalu sahaja kerana hendak cepat sampai ke Keningau. Tetapi tadi oleh kerana desakan perut yang kurang selesa maka saya berhenti seketika. Pada mulanya saya menyangka ia milik salah seorang YB atau orang-orang terkenal di Sabah. Namun ternyata dakwaan saya terpesong benar.

"Kak tempat ni milik siapa?" Saya bertanya pada seorang penjual sayap ayam.
"Tuu, bos dia" Dan dia menunding jari pada seorang lelaki tua.
"Gaman, ini tempat kau punya kah"
"Ia saya punya la bah ini" Jawabnya dalam loghat dusun yang pelat.
"Lama sudah buka kah"
"Lama juga laa. Dulu di sana bah ini tapi kana bikin jalan terus kana radu. Jadi kami pindah sini"
"ooo, jadi kau memang orang sinikah?"
"Eee, inda laa. Sia urang Ranau bah. Sana dakat itu lapangan terbang"
"Uii, jauh juga gaman. Apa pasal kau buka tanah sini"
"Aiya, cari makan bah. Lagipun ini tampat sia tingu ada harapan bah. Kalau ada duit sia mau bikin restoran di atas penginapan"
"Ya, ngam juga itu gaman. Selain sini apa lagi kerja kau?"
"Kadang-kadang sia pigi sana Nabawan. Ada buka tanah sana bah. Tanam itu Sawit"
"Aii, macam buah epal ni gaman?"
"Iya epal la itu. suba-suba tanam bah"
"Bah, gaman saya jalan laa dulu ini"
"Bah"

Pembaca semua kamu tahu apa yang membuat saya kaget dan terkesima : Si Gaman ini terlalu sederhana penampilannya hingga saya tidak menyangka dia adalah tuan kepada tempat tersebut. Dengan pandangannya bahawa jalan Kimanis ada potensi dan wawasannya tentang hari esok membuat saya kagum. Sangat sederhana si Gaman ini. Baju tebalnya lusuh begitu juga seluar getahnya. Dengan memakai kasut getah'adidas Tambunan dia tetap yakin berbicara tentang cita-cita. Giginya hitam dan selama kami berbual tiga kali dia mengunyah sirehnya. Nah, cuba kamu bayangkan orang tua seperti itu bisa berfikir sesuatu yang luar biasa dan kenapa bukan kita anak-anak muda yang berijazah memburu peluang seperti itu.

Gaman Dimie / Dinie.. Sia tabik sama kau gaman. Semoga cita-citamu tercapai dan perniagaanmu bertambah maju. Selagi saya masih menggunakan laluan Kimanis - Keningau saya pasti akan singgah kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan. Ketika saya tinggalkan dia, dengan wajah seperti seorang bapa dia berkata"KONSIKOU KIO ONDU" dan dia melambai dengan senyum manis.. Dari sisi jendela dia mengeluarkan Nokia 3310nya sebagai isyarat agar saya menghubunginya.. HINO KO POH GAMAN..

05 April 2010

selamat bertunang sayang


ungkapan selamat bertunang ini kuucapkan pada seseorang yang tidak memberitahu aku tentang majlis pertunangannya. mungkin kerana aku bukan sesiapa maka aku pun tidak di maklumkan. padahal aku sudah menyiapkan sebuah hadiah yang istemewa dan kad yang cantik untuknya. hari-hari ku tunggu dengan harapan undangan itu muncul. tetapi, pada suatu malam yang sepi seseorang telah memaklumkan berita kejam padaku. dia sesungguhnya sudah bertunang hampir sebulan.


aku tergamam mendengar berita itu. dalam diam aku bertanya mengapa aku tidak diundang? besar benarkah dosa dan kesilapan yang kulakukan hingga aku diabaikan. sesungguhnya dia yang bertunang ini, pernah melakukan kebaikan pada diriku. dulu ketika aku bertunang, dialah insan yang paling sibuk menyiapkan hantaran di sebelah pihak lelaki. lalu salahkah aku jika aku ingin melakukan benda sama di majlisnya??


hadiah istemewa yang telah kusiapkan untuknya itu kupandang kosong. sedih kerana hajat untuk menyembahkan hadiah itu padanya dan melihat dia ketawa gembira membuka pemberian itu tidak kesampaian.


apa pun kudoakan semoga kau akan sentiasa gembira dan bahagia hingga ke puncak mahligai. selamat bertunang sayang...